Genius aulad


Followers

Sunday, June 7, 2015

Resepi Telur Dadar Kulit Sisir Simple

Simple tetapi sedap itu la ungkapan yang sesuai bagi resepi kali ini. Kulat sisir sememangnya istimewa kerana bukan selalu kita boleh dapat kulat sisir ni. Kulat sisir hanya tumbuh pada musim-musim tertentu sahaja. Selalunya ia akan tumbuh pada permukaan batang-batang pokok mati dalam keadaan cuaca lembab.



Kat mane Ida pergi cari kulat sisir ni? Ha...kulat sisir ni Ida beli kat pasar tani je. RM3/secawan. Kulat sisir ni sedap dibuat masak lemak dan di goreng dengan telur. Memandangkan sekarang ni sibuk bebenar..so tak sempat nak spend masa lama-lama kat dapur. Niat di hati cuma nak goreng telur je tapi bila ade kulat sisir ni boleh la buat kelainan sket. So, Ida nak masak telur dadar kulat sisir yang simple tetapi sedap ni.


Bahan-bahan:

  • Segengam kulat sisir ( dibersihkan)
  • 2 biji telur
  • Seulas bawang merah (dihiris halus)
  • Seulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1/2 bawang besar (dihiris)
  • 1 biji lada merah (dihiris serong)
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk secukup rasa maggie
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukulkan.
2. Masukkan semua bawang dan lada merah yang dihiris.
3. Masukkan kulat sisir yang dibasuh bersih.
4. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul dan kacau.
5. Seterusnya, panaskan minyak dan goreng telur seperti biasa.
    Terbalikkan telur setelah masak keperangan.
6. Angkat dan hidangkan. Sedia dimakan panas-panas.:-)



Selamat mencuba...=)

3 comments:

  1. Sedap jugak diolah begini. Selalu memang buat masak gulai je.

    ReplyDelete
  2. rindu lak dgn kulat kulit sisir tu . dah lama x jumpa . masak goreng sambal atau cili padi mmg mengancam ...

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...