Genius aulad


Followers

Monday, November 17, 2014

Pengaruh Kartun Animasi Upin & Ipin kepada Kanak-Kanak

Sebut sahaja Upin&Ipin rasanya semua sudah tahu, ianya merupakan tajuk sebuah siri animasi dan juga nama bagi dua watak utama siri kartun tersebut. 

250px-Logo upin dan ipin.png

Siri animasi Upin&Ipin ini sememangnya sinonim dengan tagline "betul, betul, betul" ini adalah dibawah syarikat animasi, Les' Copaque di Malaysia. 


Lihat sahaja baju Afif pun baju Upin&Ipin dan hamparan pun Upin&Ipin. Tak perasan pun sebelum ni, tapi secara tak langsung dah terbeli untuk Afif. 

Sejak dari kecil lagi Afif minat tengok kartun Upin&Ipin ni. Walaupun waktu tu dia masih kecil dan tidak faham apa-apa, tetapi dia seolah-seolah terhibur melihat watak kartun animasi 3D ni. 


Upin & Ipin dan Kawan-kawan merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar yang berusia 5 tahun yang menjalani kehidupan mereka seharian mereka, seperti belajar di tadika, bermain dengan kawan-kawan dan kehidupan seharian meraka di rumah.

Setiap watak dalam siri kartun ini seolah-olah hidup dan wujud dalam kehidupan nyata. Selain daripada Upin&Ipin, watak rakan-rakannya juga memainkan peranan seperti Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan; Mei Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya; Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya. Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan “dua, seringgit”; manakala Jarjit pula, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. 
Tidak lupa juga; Ros, kakak mereka yang sangat garang dan Opah yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka. Watak-watak lain yang sering digandingkan bersama seperti Tok Dalang, Uncle Ah Tong, Uncle Muthu, Abang Salleh dan ramai lagi juga turut memainkan peranan penting dalam siri kartun ini.

Berbalik kepada anak Ida ni, Afif (2 tahun), dia begitu gemar menonton siri kartun Upin&Ipin ni. Habis menonton di televisyen, terus sambung menonton CD atau pun dalam tablet. 

Aiiiseh..memang la maknya yang bagi, tapi kalau tak bagi merenget-renget dan mintak jugak nak tengok Upin&Ipin. Haa..tengok tu! Sampai mencangkung macam tu tengok cerita Upin&Ipin...:D 


Rasanya fenomena ini bukan terjadi pada Ida sahaja, tapi kawan-kawan Ida yang mempunyai anak sebaya Afif pun asyik bercerita benda yang sama. Tapi tak mengapa, rasanya tak salah pun dia suka menonton Upin&Ipin kerana cerita ini banyak memyampaikan mesej yang positif terhadap perkembangan minda kanak-kanak. Contohnya, doa-doa harian, menghormati rakan-rakan dan orang tua, rajin membantu dan sebagainya. 


Ekoran daripada itu, hal ini juga telah mendapat perhatian media mengenai kartun animasi Upin&Ipin wajar dijadikan ikon kanak-kanak, sumber dari Berita Harian bertarikh 13/12/2013
"Lantas, menjadi kesalahan besar apabila ibu bapa sendiri mendorong anak mereka menonton siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif. Namun, pada masa sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin & Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kesan positif yang ditonjolkan dalam siri kartun ini lebih terserlah apabila ianya berkisarkan tentang sesebuah musim perayaan, bulan puasa, dan sebagainya. Rasa terhibur sambil membolehkan kanak-kanak belajar seperti mengira, mengenal huruf, membaca, mengaji dan banyak lagi juga secara tidak langsung menjadi penekanan. 

Jadi tak salah jika minat anak untuk menonton animasi Upin&Ipin ini asalkan ianya memberi pengaruh yang positif dalam aktiviti seharian mereka. 


1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...