Genius aulad


Followers

Saturday, December 7, 2013

Resepi Char Kuey Teow Marvelous

Salam...

Menu dinner yang menggantikan nasi, char kuey teow marvelous ni..hehe...Wah..bukan main lagi marvelous nya....sedap betul..:))  Selalunya makan char kuey teow ni kat kedai je. Tapi, kadang-kadang teringin nak makan, Ida masak sendiri je. 


Tak susah pun, cuma kene pastikan memasak dengan cepat dan pantas sebabnya proses memasak char kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja dan pastikan api kuat semasa memasak. Macam chef-chef kat kedai tu masak..hehe....So, make sure semua bahan untuk memasak char kuey teow ni tersedia kat tempat kita masak tu ok..



Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kuey teow
  • Segengam kerang
  • 8-10 ekor udang (saiz sederhana)
  • Sedikit taugeh & kucai (dipotong-potong dalam 1 inci)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 2 biji telur
  • 2 cawan air
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 sudu cili giling 
  • 6 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • pati ikan bilis / pati udang/ secukup rasa 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 2 sudu gula
  • Sedikit minyak (untuk menumis)


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan cili giling dan kacau.
  3. Kemudian masukkan cili api, sos tiram, kicap, garam, gula dan secukup rasa .
  4. Tambahkan air. Biarkan seketika.
  5. Masukkan isi kerang dan biarkan masak sekejap.
  6. Kemudian masukkan udang.
  7. Selepas itu, masukkan telur. Gaul sekata.
  8. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau.
  9. Akhir sekali baru masukkan kuey teow dan kacau sebati. 
  10. Terus padam api, dan boleh di hidangkan bersama limau nipis dan lada jeruk.








4 comments:

  1. auww sedap thanks for sharing resepi..

    ReplyDelete
  2. Wow sedap ni.cili giling tu di ketuk mcm ne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii....sory..slh plk..bkn cili giling yg kene ketuk. cili api tu.haha...cili giling tu, boleh ganti dgn cili boh atau lada kering kisar:)

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...