Genius aulad


Followers

Friday, November 8, 2013

Tempat Makan Best di Port Dickson

Okey..sebagai mana yang dijanjikan paparan entry kali ni ialah mengenai tempat-tempat makan yang best lagi sedap di Port Dickson ni. 

Nak kata best dan sedap secara menyeluruh tu tak de la, sebab ini cuma antara restoran/tempat-tempat makan pilihan kami sepanjang 5 hari percutian di sini. Sebab banyak lagi restoran-restoran yang lain yang masih belum kami singgah. Tapi rasanya semuanya best-best jugak kot..hehe..Jadi ini la, antara beberapa pilihan restoran/tempat makan kami di PD terutamanya untuk dinner. 

1. Restoran Xxxxxxx Oldtown  (Umravalley Oldtown) (Thank for the info +Sue Aina )

Alamak....Ida lupa la apa nama kedai ni. Sorry u all... Dah snap photo nama restoran ni, tapi blur la pulak. Tapi serius namanya agak pelik sedikit kat depan tu. Tapi yang pastinya Oldtown kat belakang tuh..hehehe..

 

Ini restoran first night kami untuk dinner. Tu yang boleh lupe tu. Sebenarnya tak tahu nak makan kat mana. So, we just jalan-jalan, then stop kat restoran tomyam & seafood ni, sebab tengok orang ramai je, mesti sedap. 

Tengok la, ramai bukan. Penuh meja ni....
So, bila dah stop kat sini rasa macam menyesal la pulak sebab services dia kureng la..Haduii...punya la lambat dan lama kami tunggu untuk dapatkan order. Bila mood dah down, kami just pick one of dinner set from menu book. 

Boring menunggu, Afif sempat layan Upin & Ipin kat tab.
Bila makanan yang dah sampai kat meja..fuhhh...serius sedapppp..betul! tak tipu. Patut la ramai orang. Mungkin servings lambat sebab ramai orang kot. 

So ini la hidangan dari menu yang kami pilih, ada set nasi putih, tomyam seafood, sayur kailam ikan masin, telur dadar, sotong goreng tepung, jus buah, dan free buah pilihan sekali. Harga dia tak de la mahal sangat pun. Tak sampai RM30 rasanya. 

Minuman: Jus tembikai, jus tembikai susu,
ais kosong dan buah tembikai (free) 
Menu: Sayur kailam ikan masin
Menu: Tomyam seafood
Menu: Set nasi putih dan telur dadar

2. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

Restoran ni memang best. Rasanya kalau sekali lagi datang sini boleh la makan kat sini lagi. Menu yang popular ialah ikan bakar di samping menu-menu lain. So, kami tak nak melepaskan peluang untuk merasa sendiri ikan bakar kat sini. 

Pelanggan cilik yang nak pilih menu sendiri;p
Terdapat pelbagai jenis ikan yang masih hidup dari aquarium dan fresh yang boleh kita pilih untuk menu ikan bakar kat sini. Kami memilih ikan talipia merah, RM6/ per 100g. Ikan tu dalam 1/2kg jugak la. So, siap bakar dalam RM30/seekor. Ikan ni dihidangkan dengan air asam dan sejenis sos kicap. Memang mengancam..huhu...Walaupun agak mahal, tapi berbaloi kerana memang sedap. 

Harga Ikan Bakar/100g
Menu pilihan kami ialah ikan talipia merah bakar, sup campur, nasi putih dan nasi lemak. Minuman pula ialah air kelapa pandan yang fresh dari buah kelapa ni. RM3.00/buah.

Minuman: Air kelapa pandan
Menu: Nasi lemak
Menu: Sup campur
Menu: Ikan bakar (ikan talipia merah)
Nasi lemak? Tertanya jugak kenapa kat sini popular dengan nasi lemak. Makan dengan ikan bakar ke? Kata suami, nasi lemak menu simple, pastu boleh la ratah ikan bakar tu...yela kot..hehe....

Beselera...
Sedap betul air kelapa ni..

3. Restoran MAR Seafood 

Tempat makan yang boleh dikatakan best jugak ialah kat MAR Seafood Restaurant ni. Di hadapan restorannya penuh tersusun dengan kerusi dan meja. Mesti kat sini pun ramai orang. Ini la tips kami mencari restoran yang menarik dan sedap;P


Menu tomyam, sup, ikan bakar semua dah rasa. So, kali ni kami nak try masakan panas pulak. Menu pilihan kami ialah Nasi Goreng Kerabu dan Nasi Goreng USA. 

Sekali lagi pelanggan cilik ni berebut nak tengok menu...:P
Pelanggan-pelanggan kat restoran ni akan menikmati hidangan dibawah cahaya lampu yang berwarna merah terang ni. Sebagaimana orang cakap, warna merah akan meransang dan menaikkan selera makan. Hmm...patut la berselera kami makan.hehe...

Menu: Nasi Goreng Kerabu
Menu: Nasi Goreng USA
Minuman pilihan kami pula ialah Laicikang dan Tea O Ais. Terkejut pulak bila suami order air teh o ni. Sebab kegemarannya ialah minuman yang bersusu. Tapi katanya dah banyak minum minuman bersusu tempat kursus.hehe...

Minuman: Laicikang
Minuman: Teh o Ais

4. King Char Kuew Teow

Ok..ini adalah malam last dinner kami kat PD ni. Tempat yang menjadi pilihan untuk last night kami ialah di King Char Kuew Teow.  Apa yang bestnya, kat sini kerusi dan meja disusun di sekitar hadapan kedai dan bawah-bawah pokok. Wah...syoknyer....makan sambil menghirup udara segar.

Terpampang besar signbord kat kedai ni. Bila waktu malam orang memang ramai yang datang kat sini. Kami tertarik nak cuba sendiri char kuew teow kat sini. Bila dah rasa sendiri, ternyata memang sedap dan lazat sebagaimana slogannya 'rasa sekali, pasti nak lagi'. Memang nak tambah la, tapi segan la pulak..hehe...

King Char Kuew Teow: 'Rasa Sekali, Pasti Nak Lagi'

Sebelum menunggu hidangan sampai, kami boleh menikmati otak-otak ni. Boleh tahan sedapnya. Habis sebakul ni tau, ada 5 otak-otak.;)

Otak-otak.
Habis dimakan....

Inilah menu char kuew teow special (udang, kerang lebih) dan char kuew teow biasa + telur. 

Menu: Char Kuew Teow Special
Menu: Char Kuew Teow Biasa

Berselera la jugak kami makan. Minuman pula, tea o ais limau dan tea ais. Ada kelainan bagi teh o ais limau iaitu di tambah dengan asam boi. Lain la sket dari tempat-tempat makan yang lain. 


Ini la wajah ceria my son. Seronok dia duk main ais tuh....:)

Wajah ceria Afif

Okey..rasa ini sahaja tempat-tempat makan yang sempat share setakat ni. Apapun banyak lagi tempat-tempat makan yang belum sempat kami singgah. InsayaAllah, kalau ada masa boleh datang sini lagi.


Entry berkaitan: Bercuti di  Port Dickson



17 comments:

  1. Thanks 4 sharing. Seri Mesra not bad juga walaupun pricey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pd memang banyak makanan yg sedap..begitu juga di melaka..jika anda datang ke melaka untuk menikmati percutian yg menrik..kami di anugerah homestay mempunyai penginapan yg terbaik untuk anda dan keluarga..anda boleh layari link di bawah untuk keterangan lanjut

      www.AnugerahHomestay.com

      Delete
  2. Famous che kamariza kita.. Haha...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Oldtown tu ad landmark x ley refer?

    ReplyDelete
  5. Mcm treasure hunt plak. Teka ob heaven oldtown la. Hubby yg perasan masa u turn balik. Signboard gelap

    ReplyDelete
  6. Umravalley oldtown. Jalan pantai dari seri malaysia ke avilion depan lg dlm 600 meter ke depan ada Bus stop label km 4.6 batu tiga terus bg signal kanan masuk restoran. Opposite beach.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...tq,tq....tula kite sendiri mmg dh lupa nama restoran tu ape...=)

      Delete
  7. Ohj byk juga tempat makan menarik ye kt pd.. tp kedai yg 1st tu murah lah..

    ReplyDelete
  8. Ohj byk juga tempat makan menarik ye kt pd.. tp kedai yg 1st tu murah lah..

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing! Esok nak bertolak ke PD, boleh la visit one of the restaurants ni

    ReplyDelete
  10. Pd memang banyak makanan yg sedap..begitu juga di melaka..jika anda datang ke melaka untuk menikmati percutian yg menrik..kami di anugerah homestay mempunyai penginapan yg terbaik untuk anda dan keluarga..anda boleh layari link di bawah untuk keterangan lanjut

    http://www.AnugerahHomestay.com

    ReplyDelete
  11. Pd memang banyak makanan yg sedap..begitu juga di melaka..jika anda datang ke melaka untuk menikmati percutian yg menrik..kami di anugerah homestay mempunyai penginapan yg terbaik untuk anda dan keluarga..anda boleh layari link di bawah untuk keterangan lanjut

    http://www.AnugerahHomestay.com

    ReplyDelete
  12. Pd memang banyak makanan yg sedap..begitu juga di melaka..jika anda datang ke melaka untuk menikmati percutian yg menrik..kami di anugerah homestay mempunyai penginapan yg terbaik untuk anda dan keluarga..anda boleh layari link di bawah untuk keterangan lanjut

    http://www.AnugerahHomestay.com

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...