Genius aulad


Followers

Tuesday, November 19, 2013

Resepi Udang Masak Merah

Udang masak merah merupakan salah satu favorite husband.  Sebelum ni Ida pernah masak sambal udang petai. So, resepi udang masak merah ni lebih kurang sama je, cuma tak de petai je. Udang masak merah ni sedap, tambah-tambah kita guna udang yang besar. Tapi...udang yang besar (saiz XL tu...harganya pun besar jugak kan...huhu). Terpulang la untuk kita, janji makan pun sedap..=) 

Semua resepi yang Ida tengok lebih kurang sama je. Kalau berbeza, cuma... udang tu di goreng terlebih dahulu dengan serbuk kunyit dan sedikit garam ataupun tak perlu di goreng. Ida lebih gemar udang masak merah ni, tanpa menggorengnya terlebih dahulu. Sebaliknya terus masukkan udang dalam sambal tumis, supaya terasa air udang yang manis dan sedap tu sekali. Lagi pun udang ni masak sekejap je dah masak. Warna merah kemerahan udang tu dah nampak yang udang tu sedap....=)



Resepi Udang Masak Merah

Bahan-bahan:
  • 15-20 ekor udang (saiz sederhana) 
  • 3 sudu cili giliing
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu asam jawa (Adabi)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu gula
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris kasar)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:
  1. Udang bersihkan dan diketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan serai, cili giling, asam jawa, gula, sos cili dan sos tomato. Kacau sekata.
  3. Tambahkan sedikit air jika perlu. 
  4. Selepas tu, tambah garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Bila semua dah masak, perlahan kan api. Boleh masukkan udang, bawang besar dan tomato. Gaul sekata.
  6. Siap. Sedia dihidangkan.


Senangkan. Selamat mencuba=)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...