Genius aulad


Followers

Tuesday, November 19, 2013

Resepi Nasi Goreng Ayam

Teringin nak makan nasi goreng lagi. Kali ni nak makan nasi goreng yang simple je, tapi rasanya pulak mesti la nak yang sedap. huhu...Mana nk cari ha??? Okey.. Ini la resepi nasi goreng mudah dan senang. Nasi goreng dan ayam goreng tepung yang rangup. 


Resepi Nasi Goreng Ayam

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi (dileraikan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1 sudu kicap
  • Sedikit sayuran campur
  • 2 biji telur 
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Tambahan:
  • Ayam goreng (celup tepung) - goreng dengan tepung goreng ayam
  • Timun
  • Daun bawang
  • Sos cili
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang sehingga naik bau. 
  2. Masukkan cili giling, kacau seketika.
  3. Masukkaan pula kicap, garam dan serbuk perasa. 
  4. Selepas itu, pecah kan telur dan kacau.
  5. Kemudian masukkan sayuran. Biarkan layu seketika.
  6. Masukkan nasi dan gaul sehingga sekata.
  7. Siap. Sedia dihidangkan.


 Nasi goreng sedia dihidang bersama ayam goreng yang dipotong-potong dan dihidangkan bersama sos chili. 


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...