Genius aulad


Followers

Saturday, October 5, 2013

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Hai..Nasi goreng ikan masin ni sedap jugak. Sesuai untuk sarapan pagi, lunch dan juga dinnner. Rasanya ramai yang tahu buat nasi goreng ni.

Setiap orang ada cara yang tersendiri kan. Ida suka cara masak yang simple-simple, janji sedap dimakan kan.

Nasi goreng ikan masin sedap dimakan bersama telur mata sebijik, tambah pulak sekeping dua papadom...huh......sedapnya...:)

Okeh...Jom tengok resepi nasi goreng ikan masin yang Ida masak ni. 

 

Bahan-bahan: (3-4 orang)
  • Nasi Putih (4 mangkuk)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 bawang besar (dicincang)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2-3 keping ikan masin jeruk (dibuang tulang)
  • 1 biji telur
  • 1 bahagian dada ayam (dipotong kecil)
  • Sedikit sayur (sawi, kubis dll)
  • Serbuk perasa
  • Minyak (untuk menumis)
Tambahan untuk hidangan:
  • Timun
  • Papadom
  • Telur mata
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, dan cili sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong, biarkan ayam sehingga garing sedikit. 
  3. Kemudian masukkan serbuk perasa, telur dan ikan masin. Kacau sebati.
  4. Masukkan sayur-sayuran, digaul-gaul seketika. 
  5. Selepas itu masukkan nasi yang dilerai-leraikan terlebih dahulu. Gaulkan sehingga sekata. 
  6. Siap. Boleh la dihidangkan dengan timun, telur mata kerbau dan papadom.

*Selalunya ikan masin sudah tersedia masin, tak perlu tambah garam. Kalau rasa kurang masin boleh tambah sedikit garam.


Selamat mencuba=)






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...