Genius aulad


Followers

Wednesday, October 30, 2013

Bagaimana Atasi Masalah Anak Selalu Tidur Dalam Buaian??

Salam…

Sebagai intro.. terus refer tajuk, macam mana nak atasi masalah anak yang selalu nak tidur dalam buaian? Ida nak share masalah ni, mana tahu ibu-ibu or sape-sape yang berpengalaman dalam hal ni. Sekarang ni, Ida tengah berusaha untuk pisahkan Afif dengan buai dia ni. Maklumlah Afif dah setahun lebih dah. Dah besar pun still nak tidur dalam buai jugak. Buaian dia ni dah nak patah dah, berat nak menampung Afif lagi. Kruk,krek,kruk,krek dah bunyinya ni. 

Ini time Afif masih kecil dalam buaian.
Kalau dulu Afif tidur dalam buai waktu siang je. Waktu malam bila dia dah tertidur kami akan angkat dia tidur dalam baby cot. Tapi sekarang ni makin susah bila dia dah pandai dan kenal tempat tidur yang dia nak iaitu tidur dalam buai! Bila malam, time dia terjaga pasti dia menangis dan terus bangun. Huuh… Tak pakai dah di tepuk-tepuk. Makin kuat menangis ada la..Penyelesaiannya, tidurkan dia dalam buai semula. Terus berhenti nangis dan dia akan tidur dengan nyenyak semula. Haiii…Cam mana ni??

Susah la bila asyik nak tidur dalam buai ni. Asyik kene angkut ke sana ke mari je buaian dia ni. Time balik kampung, even pergi holiday pun kene bawak buaian dia ni bersama. Bonet kereta semak dengan buai dia je la.huhu… 

Bukan tu je, kadang-kadang risau tidur dalam buai terlalu lama ni akan menggangu posture tidur yang betul untuk kanak-kanak. Takut plak ada effect tertentu pada tulang belakang dia. 

Orang kata kalau tak nak anak tidur dalam buai jangan ajar dari awal. Kali pertama ada baby, so tak ada pengalaman lagi. Time dalam pantang lagi beli buaian utuk Afif ni. Bila dia tidur dalam buai ni tidurnya lama sket, lebih lena la dari tidur atas tilam. Bagi ibu-ibu yang nak jaga sambil buat kerja pun senang. Henjut-henjutkan je, terus tidur. Nak-nak buaian yang elektrik tu. Lagi senang. Tapi tulah..ada side effect pulak kan..huhuhu…

Rasanya dulu-dulu, mak-mak kita selalu je tidurkan anak dalam buai jugak, tak ada masalah pun. Kalau macam ni, rasanya lepas ni tak nak ajar tidur dalam buai la. Susah betul nak usung ke sana ke mari buaian ni. So, tolong la..bagi advice atau tips sket camner nak pisahkan anak dengan buaian ni.




-Ibu yang tengah buntu-

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...