Genius aulad


Followers

Thursday, September 5, 2013

Makan Malam di Mali's Corner


Salam bersua kembali. Dah lama nak update entry pasal jalan-jalan cari makan kat Mali's Corner ni. Tapi tak berkesempatan al-maklum la. Busy memanjang. Sape kata suri rumah tak sibuk kan? Kadang-kadang tak terkejar, nak buat itu la, nak buat ini la..Ok la, cari semula photo-photo time makan kat Mali's Corner. Nasib masih lagi tersimpan dalam camera tu.hehe...

Restoran Mali's Corner ni terkenal dengan menu char kuey teow dan nasi lemak. Seminggu yang lepas Ida sekeluarga menikmati makan malam di Restoran Mali's Corner di Danau Kota. Kalau tak salah restoran ni mempunyai beberapa lagi cawangan dan salah satunya di Wangsa Maju. 

Ida pernah juga makan di cawangan Wangsa Maju sebelum ni. Tapi kat situ terlalu 'open air' sangat. Kurang selesa sket, tapi kat situ pun sentiasa ramai orang juga. 

Lokasi

Okey, berbalik ke restoran Mali's Corner yang Ida pergi makan minggu lepas, lokasinya terletak di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur. Dekat je dengan Restoran Flaming Buffet yang Ida pernah ceritakan sebelum ni. Restoran dekat sini memang senang dikunjungi oleh pelanggan kerana kedudukanya strategik iaitu berdekatan dengan Uptown Danau Kota. 

Restoran ni memang 'happening' pada waktu malam. Ramai sangat customer yang datang untuk makan. Sambil makan pelanggan mesti terhibur dengan lagu-lagu best. Siap ada karaoke dari persembahan tertentu. 


Sistem Layan Diri

Apa yang menjadi kelainan pada restoran ni ialah ianya berkongsepkan 'self service'. Dengan kata lain pelanggan hendaklah mengambil sendiri makanan dikaunter, bayar dan duduk ditempat yang disediakan. Sistem yang dilaksanakan mungkin berkesan kerana pelanggan dapat menikmati hidangan secara adil, memandangkan pelanggan yang datang adalah terlalu ramai. So, siapa yang datang dulu dia yang dapat dulu.


Walaupun demikian ramai juga pelanggan yang merungut tidak berpuas hati, kerana terpaksa beratur panjang disetiap kaunter. Situasi ini kerana terdapat kaunter yang khas untuk nasi lemak, char kuey teow, dan juga minuman. Pelanggan yang datang terpaksa beratur untuk mengambil nasi lemak, pastu beratur lagi untuk mengambil char kuey teow, pastu beratur lagi untuk mengambil minuman. Kalau tak ramai orang (barisan pendek), korang mungkin bernasib baik, tapi kalau ramai orang, hmmm...paham-paham ler yer..


Agak susah bagi sesetengah pelanggan dengan cara serve yang begitu. Nasib baik saya pergi dengan suami. Anak saya memang tak boleh tinggal, so saya yang tunggu makanan di meja pilihan kami. Suami la yang bawakan satu-satu untuk hantarkan kuey teow, nasi lemak dan juga minuman..:)

Menu

Sebaliknya dari segi rasa kedua-dua menu di sini memang tidak dinafikan sedap. Kalau tak takkan restoran ini sentiasa dipenuhi oleh pelanggan-pelanggan. Char kuey teow yang dimasak memang sedap, ada udang, kerang dan cili jeruknya memang menyelerakan. Tapi suami cakap sekarang dah tak sesedap yang dulu. Entah la...mungkin dulu lebih sedap rasanya. Mungkin sekarang tukang masak lain kot.hehe...


Nasi lemaknya juga memang sedap, lengkap dengan sambal tumis, ada bilis yang ranggup dan telur mata kerbau. Fuhh..bak kata orang memang terasa sambal tumisnya. Menu nasi lemak ayam goreng sememangnya menjadi menu wajib bagi penggemar nasi lemak. 


Harga

Dari segi harga pula memang berpatutan. Menu Char Kuey Teow boleh dipilih dalam 3 jenis hidangan iaitu biasa, besar dan special. Char Kuey Teow biasa hanya RM5.00 sepinggan. Manakala untuk hidangan nasi lemak ayam pula ialah RM5.50 sepinggan. Harga minuman juga berpatutan.

Kalau korang ingin mencuba menu di sini boleh la datang ke alamat:
No.9-1, Jalan Langkawi, Platinum Walk,
Danau Kota, 53300
No Telefon : 03-4149 1971
Waktu Operasi : 08:00 AM – 05:00 AM


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...