Genius aulad


Followers

Sunday, August 25, 2013

Resepi Rendang Daging

Salam..

1st time buat rendang daging untuk raya.hehe..Alhamdulillah ia menjadi:-) Resepi asal Ida ambil kat Dapur Malaysia.com . Thanks for the recipe. Resepi rendang yang Ida tengok tu mungkin resepi rendang Terengganu, sebab ia menggunakan rempah cap bunga rose. Ha..Ok la tu, kebetulan Ida beraya rumah mertua kat Terengganu.

Semua bahan-bahan yang diperlukan senang dicari, melainkan daun kunyit. Huhh....mungkin sambutan untuk daun kunyit tinggi dekat-dekat nak raya, susah nak dapat.huhu.. Untuk rempah cap bunga rose Ida sengaja beli lebih, takot nanti nak buat kat KL.hehe... 

Rempah cap bunga rose ni ada 2 jenis, satu rempah gulai dan lagi satu rempah masak. Sebagaimana resepi, untuk rendang ni kene guna rempah gulai. Rempah-rempah keluaran Terengganu ni biasa orang guna untuk buah gulai ikan tongkol (nasi dagang), gulai ayam (nasi minyak) dan laksa Terengganu. Tapi, kalau nak guna rempah kari lain pun boleh.  Okey.....meh tengok resepi rendang daging yang Ida buat.



Bahan-bahan (5-6 orang)
  • 500 gm daging
  • 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 7 biji cili padi (dikisar)
  • 3-4 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula

Cara-cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  2. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga semua sekata, kemudian masukkan daging.
  3. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  4. Siap dan sedia dihidang. Sedap dimakan dengan nasi impit dan ketupat/lemang.







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...