Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak

Ha..Time buat masak lemak ikan tongkol ni teringat pulak kat nasi dagang kan. Ikan tongkol atau lebih familiar Ida panggil Ikan Ayo (ore Kelate). hehehe.. Tapi kali ni buat resepi ni bukan nak makan dengan nasi dagang, tapi makan dengan nasi putih biasa sebagai hidangan lunch@dinner.

Bahan-bahan:
  • Ikan tongkol (direbus dengan sedikit garam dan asam keping)
   Blend:
  • 7 - 8 biji cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 inci kunyit hidup

  • 3-4 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula dan secukup rasa
  • Timun batang

Cara-cara:
  1. Ikan direbus terlebih dahulu dengan asam keping dan garam.
  2. Kesemua bahan di atas di blend (kadang-kadang Ida tumis dahulu) dan di masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga mendidih. 
  3. Kacau supaya santan tidak berketul. 
  4. Kemudian masukkan ikan tongkol rebus, asam keping, garam, sedikit gula dan secukup rasa. 
  5. Biarkan mendidih seketika.
  6. Masuk timun batang yang dihiris tebal, cili besar hijau/merah.
  7. Angkat dan sedia dihidang.   


*Jangan masak terlalu lama slepas masukan timun batang, takot timun jadi lembik.


Selamat mencuba...:)


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...