Genius aulad


Followers

Wednesday, June 12, 2013

Bercuti ke Pulau Pinang

Kisah percutian ke Penang ni, bulan lepas 25 Mei 2013, 2 hari 1 malam. Kami bermalam di hotel iaitu SP Hotel, kat Seberang Prai. Pakej budget.hehe..sebab hotel ni murah je. 

Apa sangat la pergi bercuti ke Pulau Pinang ni?? Ida memang tak pernah pergi sebelum ni, tapi my husband, dia la yang beria-ia, nak tunjuk itu, nak tunjuk ini...Maklum la kat sini la, tempat dia biasa sangat katanya, dulu belajar kat Penang (Ok...no wonder la...)

Bercuti ke Penang kali ni tak lah penat sangat macam bercuti ke Pulau Langkawi hari tu, sebab kat Penang ni tak banyak tempat sangat yang berstatus 'wajib pergi'. hehehe... 

Antara tempat yang menarik ialah Bukit Bendera, Batu Ferringhi, dan simbolik utama Pulau Pinang, jambatan Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang.

Ok..sebut je Jambatan Pulau Pinang ni, tahu tak ia merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ini mempunyai panjagn kira-kira 13.5km di mana 8.4km darinya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayang Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. (Sumber ini pun dari Wikipedia).


Bukit Bendera.

Ini pula kisah Bukit Bendera. Dari sumber Wikipedia, encyclopedia bebas juga ler: Ia berada pada ketinggian 830m di atas George Town. Puncak Bukit Bendera atau Penang Hill mempunyai suhu yang dingin (umumnya 5 darjah celcius lebih dingin dari paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh melihat ke bawah seluruh pulau dan juga bandar dengan panorama yang mengasyikkan. 

Di atas Bukit Bendera ni, terdapat taman, pondok, restoran, pusat penginapan, sebuah kuil Hindu, serta sebuah Masjid Muslim. Sejarah Bukit Pulau Pinang ni pula, ia digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana merupakan pengeluar strawberi kerana bentuk muka bumi dan suhunya yang dingin memang sesuai untuk penanaman strawberi. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang. 

Ok..itu saja..macam rencana pulak kan. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita tidak la membaca 'kosong' je. Ada juga pengetahuan yang kita dapat sedikit sebanyak kan...:) 

Ini time naik kereta api menuju ke puncak Bukit Bendera. Sebelum ni saya biasa naik LRT dan KTM je.hehe...kali ni dapat rasa pengalaman lain la sket. Laju train ni...kata husband, dulu perlahan je dan kene tukar train untuk ke puncak, sekarang dah tak perlu.



Dah sampai atas boleh la jalan-jalan sambil menghirup udara segar dan nyaman..



Ini la panorama cukup indah boleh kita tengok dari atas Bukit Bendera ni. Nak tengok menggunakan teropong khas ni pun boleh juga. RM1 sahaja untuk beberapa minit jugak la.




Kat atas sana, kami juga berkesempatan naik kereta ni. Ronda-ronda ke sekitar kawasan ni. Lebih kurang 15-20 minit je untuk RM30. Tapi best jugak la kan, husband cakap, jarang-jarang sampai sini, kene la naik.hehe...

Ok la..sebab driver dia bukan duk diam je, dia bawa kami ronda-ronda sambil duk cerita tentang sejarah kawasan-kawasan di sini. Banyak boleh lihat banglo-banglo besar yang dimiliki orang-orang kenamaan. Kami juga diberi peluang untuk berhenti mengambil photo-photo yang menarik di sekitar perjalanan rondaan kami. Ini la antara photo yang uncle driver tu tolong ambil kan. Thank you uncle...:)



Ini menu lunch, Laksa Penang. Ini baru betul-betul Laksa dari Penang.heheh...Best...Sedap jugak..



Kat atas Bukit Bendera ni juga, boleh dapatkan ni. Apa ni? Grasshopper (Belalang)  yang dibuat dengan daun kelapa je. Tekun betol..buat ni pun boleh dapat duit, RM2 seekor...:)


Batu Ferringhi.

Habis part Bukit Bendera, destinasi kami seterusnya ialah nak jalan-jalan cari makan kat Batu Ferringhi sambil melihat pemandangan tepi pantai ni. Yela, nak mandi pantai, tak la kot...sebab persediaan untuk mandi pantai pun bawa. Lagi pun tak sanggup nak biarkan kulit ni hangus dek panas matahari yang terik kat tepi pantai tu..:)


Seronok anak mama ni dapat tengok pantai kan..:)


Menaiki Feri.

Seterusnya, tidak ketinggalan untuk kami singgah membeli Jeruk Madu Pak Ali dekat dengan pengkalan jeti sebelum menaiki feri. Untuk dimakan sendiri dan juga sebagai buah tangan..;)


Apa yang bestnya percutian kami, kali ni kami berkereta menaiki feri sambil melihat pemandangan dari atas feri yang cantik sangat. Fist time bagi Ida, so teruja sket.hehe..




Cantiknyer pemandangan di atas feri ni...teruja-teruja..hehe...



Nasi Goreng Ketam, Warung Pak Su, Penang.

Dari malam, sampai la ke malam semula...Last destination kami ialah dinner kat Warung Pak Su, Juru ni. Nak rasa juga, ramai yang cakap makan kat sini sedap dan tersohor kat Penang ni. Kami sampai waktu malam dah, nak rasa mee ketam, tapi dah habis (katanya ketam yang kecik tok mee ketam dah habis, ada ketam hak besar je untuk nasi goreng ketam).hehehe..lebih kurang cam tu la adik yang served kami tu beritahu. Dialek sebenar tak reti nak ajuk. Tak mengapa la, nasi goreng pun janji boleh makan ketam. 




Wow...memang betol-betol sedap:) Kalau sesiapa yang datang Penang ni singgah la kat Warung Pak Su Mee Udang. Alamat dia, 385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang. Waktu operasi 12 t/hari - 10.30 mlm. (hari Khamis-tutup). Kalau nak datang, datang la awal sket, sebab takot jadi macam kami, nak makan mee ketam tapi dah habis dah. Kalau semua dah habis, kadai pun tutup awal.huhuhu....

Kesimpulan...Seronoknya bercuti ke Penang ni..:) (Senyum LEBAR)..










No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...