Genius aulad


Followers

Tuesday, June 11, 2013

Bercuti ke Cameron Highlands: Pengalaman Menyeronokkan

Kisah percutian kali ini ialah ke Cameron Highlands, Pahang. Kami ke sini pada hujung tahun lepas. Excited nak bercuti, kami bertolak seawal pagi menuju ke sana. Ida bersama adik-adik ke sana dengan 2 buah kereta. 

Kiteorang memang dah planning nak pergi bersama ke sana. Adik-adik Ida, suami serta si kecil comel yang baru berusia 6 bulan ni. Tambahan pula, time tu cuti sekolah hujung tahun. Seronak kemain la adik-adik Ida ni...:)

Cameron Highlands adalah salah sebuah pusat  pelancongan yang tidak asing lagi dan popular juga la di Malaysia. Ini kerana daya tarikannya di kawasan tanah tinggi, udaranya yang sejuk dan nyaman. Ia terkenal dengan kawasan penanaman teh, strawbery, bunga-bungaan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

Kami tidak bermalam di sini. Pergi pagi dan petang terus balik. That's why, kene gunakan masa lebih kurang 1/2 hari ni betul di sana. Tapi rasanya untuk mendapatkan penginapan di sini tak susah. Banyak homestay dan hotel di sini. 

Setibanya di sana, semuanya muka seronok dan yang paling seronok, bila tengok buah hati Afif, seronok sakan bercuti sakan di tempat sejuk ni..=)


Banyak tempat yang menarik untuk dilawati bila ke Cameron Highlands ni. Antaranya Ladang Teh, Ladang Strawberry, Cactus Valley, Taman rama-rama, Taman bunga (rose) dan macam-macam lagi. 

Ini adalah pengalaman pertama kami ke sini. So, banyak tempat yang tak tahu dan main terjah sahaja. Haah...sebab tu la, kami terlepas nak pergi ke ladang teh. Tak pe, next time kene planning betul-betul tempat yang nak kene pergi. 

Walau bagaimanapun ini adalah antara tempat-tempat yang sempat kami singgah ialah:

Cactus Valley

Ini antara pusat penanaman kaktus. Di sini pengungjung bukan sahaja boleh melihat pelbagai jenis pokok kaktus, malah boleh juga membelinya untuk dibawa pulang. 

Nak masuk sini percuma sahaja kerana ia berkonsepkan kedai 'display and sell'. Pengunjung yang datang ke sini boleh melihat dan juga sekali gus membeli kepelbagaian pokok kaktus yang dijual. 

Lihat la ni...Banyaknya pokok kaktus. Selain pokok kaktus, barang sampingan lain seperti pasu, baja, dan tanah organik juga ada dijual. 


Sememangnya, bagi pengemar-pengemar kaktus datang sini memang boleh buat jadi 'rambang mata' sekejap. huhu...


Taman Rama-rama

Kami sempat masuk taman rama-rama. Banyak betol rama-rama yang cantik. Tapi......adik-adik takot kak rama-rama ni..hehehe

Untuk masuk ke sini akan dikenakan dengan kadar bayaran tiket. Tapi dah lupa dah berapa harga tiket masuk ke sini..



Ianya sebuah taman yang mempunyai laluan khas untuk pengunjung dari mula masuk sehingga keluar. Sepanjang berada di dalam taman ini, boleh la tangkap gambar dan melihat sendiri pelbagai spesis rama-rama yang mana bagi Ida ianya cukup exotic. 

Pengunjung bukan sahaja terhibur melihat rama-rama malah terdapat juga binatang lain yang di pamerkan di dalam sangkar seperti burung, kura-kura dan ikan di dalam kolam kecil. 

Hmm...memang best sangat suasana dalam ni tambahan pula dengan cuaca dan suhu yang sejuk dan dingin je.


Ladang Strawberi

Tempat yang paling dinanti-nantikan oleh kami semua iaitu ladang strawbery. Seronok sangat datang sini boleh tengok sendiri pokok-pokok strawbery. 

Pengunjung yang datang ke sini diberi peluang untuk membeli buah strawbery dengan cara memetik sendiri dengan kadar bayaran tertentu. 

Boleh juga membeli buah strawbery yang sudah dipetik dan siap packing. Still fresh juga. Walaupun cuaca sejuk, tetapi tidak ketinggalan untuk kami menikmati aiskrim vanilla strawbery coklat. Urrmm..best sangat!


Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pelbagai lagi makanan yang jual berasaskan buah strawbery. Ini pula minuman strawbery. 


Haa...Pengalaman yang paling menyeronokkan bila dapat bergambar bersama-sama di kawasan yang cantik dan berudara sejuk dan nyaman..Ini lah kami. Ada lagi yang tak masuk gambar ni. hehehe..Apa pun memang seronok..



Buah tangan untuk dibawa pulang antaranya buah strawberi dan teh perisa strawbery ni...memang best!!


Ini kreativiti sendiri bersama adik-adik buat jus strawberi...:)


Memang seronok bercuti di Cameron Highlands ni. Apapun InsyaAllah kami akan datang lagi jika ada rezeki untuk ke sini lagi=)


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...